Thursday, August 5, 2010

Selamat Hari Lahir Ibu!!!

Walaupun dah lepas berminggu-minggu,
Aku tetap akan mengucapkannya,
Kerana aku terlalu sayangkan kau,
Seseorang yang bergelar ibu, mak, mama, dan sebagainya.

Ku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR !


I LOVE YOU!!!

Blog Dalam Pembikinan

Woi!Bila nak update blog?
Orang lain pun bz gak,
Tolong la update blog,
Macam kubur la pulak!

Sunday, March 7, 2010

Kencing Mengencing Amalan Mulia

hahaha!
macam doh pun ada..
apa la,
pengalaman mengajar kita,
tapi takkkanla dalam setandan pisang tu smuanya busok?
so, enjoy the show!
yeeeehaaaaa~

Sunday, February 21, 2010

Oh Subuh?

kau,
cepatlah pulang,
membawa khabar gumbira,
di kala hati berduka,
tatkala subuh menjelma.

awat aku nih???
gila kot..haha!

Wednesday, February 3, 2010

* PROLOG *

Sesuatu perkara yang sangat mustahil dalam kehidupan manusia, tetapi bukan mustahil bagi Allah. Seseorang yang teruk dan sangat jahat, adakah mustahil baginya berubah?

Macam aku,kau dan kamu?

Perit. Sangat perit mengharungi hidup yang dipenuhi dengan segala macam kegelapan. Aku mahu keluar daripada kegelapan ini.

Aku mahu sedikit cahaya. Cahaya yang dapat menerangi jalan suram dan kelam dalam hidupku ini. Cahaya yang dapat membantu aku melepaskan diri daripada terus bergelumang dalamkegelapan. Aku tidak mahu sesat dalam kegelapan yang menyengsarakan ini.

Dimana dapat aku cari cahaya itu?
Dapatkah aku berjumpa dengan cahaya itu?

Carilah segera cahaya itu. Aku tak mahu terus membuat kesilapan. Aku perlu berubah. Selamatkan diri dan semua orang yang lain.

Kaulah harapan aku.

Wednesday, January 20, 2010

Haluan kiri ~

Saya ada kuda,
Dibuat oleh ayah,
Leher gantung tali,
Kudaku mahu lari,
Hoi!!
Kudaku gelap,
Ekornya sangat panjang,
Kuda ayah buat,
Dari pelepah pisang,
Hoi!!!

p/s
masih terngiang-ngiang lagi .
*senyum sendirian* :)

Sunday, January 17, 2010

Masalah

Masalah?

Masalah berhubung kait dengan suatu keadaan, situasi atau pengalaman yang boleh memberi kesan kepada ketidakseimbangan seseorang individu dari aspek emosi, pemikiran, tindakan dan adakalanya fizikal seseorang itu.

Manusia ada bermacam-macam masalah. Kalau manusia yang tak ada masalah, mungkin dia lepak planet lain kot. Hari-hari akan ada masalah. Sebab kita pencipta masalah dan juga penyelesai masalah. Cuma macam mana taktik dan teknik kita nak menghadapi sesuatu masalah tu. Ada masalah kecik, kita tengak masalah tu macam besar gunung. (gunung kalau tarah pun habis gak nanti). Cuma lambat atau cepat ja nak selesaikan masalah tu.


p/s
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.

Monday, January 11, 2010

Kopi itu...

Kopi itu pahit, belajarlah cara untuk memaniskannya.
Kopi itu hitam, terimalah ia seadanya.
Kopi itu pekat, cubalah cairkannya.
Kopi itu tawar, tambahkan "gula" secukup rasa.

p/s
Jika tidak dapat apa yang kita suka. Belajarlah menyukai apa yang kita dapat.
Bila kita menyukai apa yang kita dapat, belajarlah cara untuk menghargainya.

AJL

komen skit..hehe

Ehem2,AJL tahun ni pun sengit n senget gak la kan.Semua yang masuk mantap2,gebu2 belaka..ahahaha!
Tahniah buat Aizat-Pergi sebab menang AJL 24 ni..RM35,000 + Kau Aku RM10,000(persembahan terbaik).Best gak bila tgk ago-go,disko pop ngan rock buat persembahan tadi.
Aku best masa amy search nyanyi tadi!!sangat tidak plastik..hahaha.Kalau dia masuk lagi AJL,aku rasa dia boleh menang kot..huhu.Tapi aku kesian la tengok Meet Uncle Hussien perform.Vokalis dia x cukup mantap macam Lan..Apa2 pun,good luck la..


p/s
kau pergi........ eee eeeee
pergi eeeeeeeeeee
hehe
;)

Saturday, January 9, 2010

* Kau dan Aku *

aku komen engkau ,
engkau membalas komen aku ,
aku suka sakat engkau ,
engkau pula suka membuli aku ,
aku terpukau ,
engkau terpaku ,
masing-masing membisu,
siapalah aku ,
siapa pula engkau ,
aku pun x tawu,
kadang-kadang aku keliru ,
kenapa mesti aku ,
engkau membiarkan aku celaru ,
aku kelu, kaku, terbelenggu .


p/s
hahaha!
hari ini aku terlebey suda!!
;)

Friday, January 8, 2010

blog aku dilahirkan!

Salam..aku nak gelak dulu boleh?ahaha!

Tepat jam 12.45 am,08 January 2010 blog ni dibuat..
Aku sangat teruja seperti terkinja-kinja melihat blog ni baru dimasukkan rohnya!
Omg!Aku sudah ada blog..hehe

p/s
tunjuk ajarku sifu!
;)