Friday, April 22, 2011

Rilex - rilex suda~

I’m


so


happy


today!


nota : tak boleh tidur la pulak. Ngeks! ;p

Tuesday, April 5, 2011

Dugaan - Nya

pepatah melayu ada mengatakan : -

"..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"

nota :

saya yakin anda kuat !

ini semua dugaan-Nya ~

* I’m here whenever you need me *

Wednesday, March 30, 2011

Pada Petang Itu

Jam menunjukkan pukul 5.34 petang.

" Aku harus pulang sekarang " bisik hati kecilku. Tujuanku hanya 1 sahaja ketika itu. Dalam kepalaku hanya ternampak kepulan asap - asap rokok. Ya!!! aku mahu menghisap rokok.

Aku seluk kocek seluarku. Hanya tinggal lighter sahaja. Arghhhh, aku lupa yang aku sudah kehabisan rokok! Jiwaku memberontak.

Lalu dengan sepantas mungkin aku berjalan selepas punch out di office tadi. Aku menunggang motorsikal lagaknya seperti merempit walaupun aku bukan lah mat rempit. Hanya niat mahu membeli sekotak rokok. Itu yang bermain dalam fikiranku sekarang ini.

Sekejap saja aku sudah sampai di kedai. " Bang, bagi surya 12 sekotak " pintaku dengan nada yang jelas sekali. Lalu aku membuka bungkusan kecil itu, mengeluarkan sebatang rokok. Aku menghidupkan api menggunakan lighter Alladin berwarna kuning.

" Pehhh, nikmatnya rokok ini " getus hatiku sambil melihat kepulan asap yang mengaburi penglihatanku yang memang sudah kabur ini.

Aku dengan gembira sekali mahu pulang. Tiba - tiba, aku hairan dan pelik kenapa kereta panjang beratur di jalan raya ini. " Mungkin ada accident kot " bisik hatiku sambil menghembuskan asap rokok.

Sayup – sayup kelihatan 3 orang gadis di belakang sebuah kereta Nissan Sunny. Gayanya seperti mahu menahan kereta itu daripada tidak bergerak. Maklum lah, jalan itu seperti menaiki sedikit bukit. Aku ketawa kecil melihat telatah yang jarang - jarang ditemui. Kah kah kah ! ! !

Sampai ja aku di belakang kereta itu, tiba - tiba salah seorang daripada gadis itu bersuara, " Bang, takkan tengok je ? Tolong la tengokkan kereta ni " pintanya kepadaku.

Ketawaku terbantut dek kerana suaranya yang lantang tadi. Hatiku berbisik, " Abang tengah tengok la ni. Haha !! Serius, abang bukan reti sangat pasal kereta - kereta ni. Niat abang memang nak menolong tapi.. " fikiranku terhenti serta merta kerana aku hampir melanggar kereta dihadapanku.

Aku berlalu begitu sahaja sambil mengharapkan orang yang lebih arif tentang kereta dapat menolongnya. " I’m so sorry ", tiba - tiba aku bercakap sendirian.

nota:
suaranya terngiang – ngiang ditelingaku
adakah aku bersalah & berdosa ?
aku rasa menyesal seketika !

Monday, March 28, 2011

Sempurnakah Aku ?

Aku hanya insan biasa,
kadang-kadang aku alpa,
kadang-kadang aku ketawa,
kadang-kadang aku selamba,
kadang-kadang aku berjenaka,
kadang-kadang aku bersahaja,
kadang-kadang aku berpura-pura,
kadang-kadang aku meronta-ronta.

Aku hanya insan biasa ,
bisa melakukan sebarang benda,
dikiriku dosa,
dikananku pahala,
sebagai balasan dihari muka.

Aku hanya insan biasa,
tak mampu untuk bersemuka,
bila kau bertentangan mata,
aku cuba berlagak "kool" sahaja.

nota : aku tidak sempurna,
tidak punya kuasa luar biasa .

Thursday, August 5, 2010

Selamat Hari Lahir Ibu!!!

Walaupun dah lepas berminggu-minggu,
Aku tetap akan mengucapkannya,
Kerana aku terlalu sayangkan kau,
Seseorang yang bergelar ibu, mak, mama, dan sebagainya.

Ku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR !


I LOVE YOU!!!

Blog Dalam Pembikinan

Woi!Bila nak update blog?
Orang lain pun bz gak,
Tolong la update blog,
Macam kubur la pulak!

Sunday, March 7, 2010

Kencing Mengencing Amalan Mulia

hahaha!
macam doh pun ada..
apa la,
pengalaman mengajar kita,
tapi takkkanla dalam setandan pisang tu smuanya busok?
so, enjoy the show!
yeeeehaaaaa~