Sunday, February 21, 2010

Oh Subuh?

kau,
cepatlah pulang,
membawa khabar gumbira,
di kala hati berduka,
tatkala subuh menjelma.

awat aku nih???
gila kot..haha!

Wednesday, February 3, 2010

* PROLOG *

Sesuatu perkara yang sangat mustahil dalam kehidupan manusia, tetapi bukan mustahil bagi Allah. Seseorang yang teruk dan sangat jahat, adakah mustahil baginya berubah?

Macam aku,kau dan kamu?

Perit. Sangat perit mengharungi hidup yang dipenuhi dengan segala macam kegelapan. Aku mahu keluar daripada kegelapan ini.

Aku mahu sedikit cahaya. Cahaya yang dapat menerangi jalan suram dan kelam dalam hidupku ini. Cahaya yang dapat membantu aku melepaskan diri daripada terus bergelumang dalamkegelapan. Aku tidak mahu sesat dalam kegelapan yang menyengsarakan ini.

Dimana dapat aku cari cahaya itu?
Dapatkah aku berjumpa dengan cahaya itu?

Carilah segera cahaya itu. Aku tak mahu terus membuat kesilapan. Aku perlu berubah. Selamatkan diri dan semua orang yang lain.

Kaulah harapan aku.